Bismilahirrahmanirahim..
Sekiranya apa yang I utarakan di sini ada tersilap dimana-mana, mohon maaf dan sila perbetulkan. Baru-baru ni, kita semua rakyat Malaysia baru sahaja habis melaksanakan pilihan raya yang ke-13. Sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, sampailah selepas pilihan raya tak berhenti isu dihebohkan dalam surat khabar dan internet. Orang yang sokong parti ini, hentam parti itu, yang parti itu hentam parti ini. Mana-mana tempat pun kita pergi sekarang I rasa dah tak selamat disebabkan pilihan raya. Tak nak salahkan mana-mana pihak tapi pada pandangan I ini adalah disebabkan mentaliti rakyat Malaysia sendiri yang buatkan negara kita tak aman.
Apa yang terjadi sekarang?
Izinkan I buka pandangan I sendiri tentang politik kita. I belum layak mengundi sebab umur masih 20 tahun tapi sejujurnya I percaya dengan Barisan Nasional (BN) parti yang selama 55 tahun memerintah negara. Bila pejamkan mata dan fikirkan apa yang BN telah buat untuk kita selama ni, banyak dan terlalu banyak. Cumanya kita tak tahu dengan cara bagaimana mereka buat (fahamkan di situ). Tentang parti pembangkang pula, mereka belum pernah berkuasa negara kita secara total dan kita tak tahu sekiranya parti pembangkang yang memerintah apa yang mereka akan buat utk negara kita?
Sekiranya kita pilih parti pembangkang maknanya kita pilih jalan yang risiko. Apa? Bagaimana? selalu I terfikir begini kalau suatu hari nanti parti pembangkang yang menerajui negara mesti apa yang dilaksanakan BN akan berpusing 360 darjah. Tapi sekiranya kita pilih BN, janganlah rasa terlalu selesa. Apapun yang ingin I maksudkan di sini fikirlah secara bijak. Setiap manifesto yang parti canangkan janganlah terus percaya, tapi kaji selidik dulu. Relevan ke tidak?
Tapi...ingat kerana mulut badan binasa
Isu Tsunami Cina tak sepatutnya timbul. Sekali keluar kenyataan, lihat sekarang apa yang dah jadi? Sentimen perkauman berleluasa. Kita sekarang macam bukan rakyat 1Malaysia tapi 1 apa? Pun tak tau. Sedih bila lihat negara Malaysia macam ni. Melayu ke..Cina ke..India ke..we are Malaysian. Kita nak ke tragedi berdarah perkauman zaman dulu berlaku ke zaman sekarang? Percaya cakap I, orang Malaysia tak sekuat mana pun. Sekali kena jentik, dah goyah.
Suka I baca rencana dari Zaini Hassan bercakap tentang bangsa melayu.
"Saya amat kasihan melihat orang Melayu. Satu bangsa yang cukup layu
dari segi pemikiran mereka. Satu bangsa yang cukup beremosi dari segi
perasaan mereka. Satu bangsa yang cukup merendah diri dari segi
pergaulan mereka. Satu bangsa yang cukup apologetik (satu istilah yang
cukup popular sekarang ini) terhadap orang lain.
Bangsa Melayu yang cukup pemalas dari segi berusaha (itu bukan saya
cakap tetapi orang yang mula menjajah Tanah Melayu ini dahulu). Bangsa
yang tak kaya-kaya, walaupun segala macam diberikan kepada mereka hasil
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Satu bangsa yang tidak peduli apa pun yang akan berlaku kepada tanah air sendiri walaupun terpaksa akhirnya merempat.
Itulah Melayu. Melayu yang telah berpecah kepada tujuh golongan"
Bukan utk menjatuhkan kaum Melayu. I orang Melayu tapi I rasa sedih bila tengok kaum kita sendiri. Melayu memang malas. Bangunlah kaum Melayu, tak salah pun kalau kita jadikan Kaum Cina sebagai role model. Di universiti terutama lelaki melayu, dapat masuk universiti tapi belajar entah ke mana, ponteng kelas, repeat paper, result cukup makan. Perempuan melayu sama je bercinta lebih tapi bila belajar tak balance. Biasa dah..Ayuh bangunlah kaum melayu..Jangan Malas! Dengan pelajaran kita boleh tingkatkan martabat melayu kita, tunjukkan pada kaum lain kita setanding mereka. Seterusnya, kita boleh pegang negara kita tapi jangan lupa- PENYATUAN BERSAMA ANTARA MELAYU, CINA DAN INDIA.
Tolonglah, jangan kerana Isu Politik
kita semua berpecah belah!
2 comments:
Semua orang tahu apa yang BN dah buat selama 55 tahun memerintah. Namun, kita perlu sedar bahawa apa yang dilakukan BN selama itu bukanlah kerana mereka BN, tetapi kerana mereka memegang kuasa memerintah. Malaysia adalah negara beraja. Kuasa mutlak terletak pada tangan Agong. Sekiranya pihak pembangkan pada masa kini menang PRU namun gagal memerintah kerajaan, Agong berhak untuk menggulingkan mereka dan rakyat bebas memilih semula.
BN telah banyak melakukan kezaliman yang rakyat dapat lihat. Bagaimana pula dengan isu Tsunami Cina?
Macam mana Chimie masih sokong ni? aaaaaa :'|
Accept the change or forget the chance, anyway. :)
Rasanya zaid x faham apa yg chimie maksudkan. Chimie sokong BN, sebab chimie suka berada zon selesa. Afraid to accept the fact in future country kita mcm negara lain yg berperang. That why I choose BN. Senang cerita PKR, I can't see parti ni boleh mentadbir negara. Pemimpin parti tu sendiri mcm bkn contoh pemimpin yg patut kita pilih. Lain pula PAS, itu no comment.
Konklusi yg dpt dibuat, semua parti ada tahi msing2.
Tp we can see now dlm isu Tsunami Cina itu mmg chimie akui salah PM kita Najib.
dan mentaliti Najib tu sendiri yg patut kena ubah.
dia tak boleh dengan nak menang undi, cara dia mcm tu. salah tu, sbb skrg semua org dah bijak berfikir. Bknnya dgn bg BRIM dah boleh menang undi.
Post a Comment