21 March 2013

PROGRAM LATIHAN TRANSFORMASI NEGARA

Assalamualaikum. Last minute call sebelum hari isnin, yaya datang bilik I tanya siapa nak pergi kem? Terus dengar tentang kem, memang I berminat sangat nak pergi.Kalau dulu zaman sekolah I banyak pergi kem sebab kena paksa dengan ayah. Tapi bila dah selalu sangat pergi kem, minat datang dengan sendirinya tanpa paksaan. Maklumat yang I dapat kem ni lebih kepada kem politik. So, selama tiga hari dua malam I pergi ke kem yang dipanggil Program Latihan Transformasi Negara bersama dengan nadd & anis sebagai wakil dari MYUFM (kelab radio kami) di Kem Bina Negara di Besut, Terengganu.






















Bila sampai sana, terus kena masuk dewan untuk ceramah. Suasana di sana lebih kurang macam masa I di PLKN. Paling best bila dapat makan enam kali sehari. Belum sempat lapar lagi, dah disuapkan dengan kuih, teh tarik, mee goreng, nasi ayam. Memang favourite I kalau bab makan free ni. Haha Apa yang paling I nak cerita, masa dalam dewan seorang penceramah bagitahu kepada kami, "Tahniah! anda semua adalah Kelab Penyokong BN IPT zon pantai timur" I dah berkerut dahi. I sememangnya tak berminat dalam politik tetiba difahamkan sebagai penyokong BN???? Tapi dalam hati I bersyukur sebab dalam BN, bukan sebagai penyokong pembangkang. Maaf jika terlalu jujur. So, lets start with the photos yang kami bertiga sempat ambil :)

-------------------------------------------------- Aktiviti Riadah---------------------------------------------------

Aktiviti riadah lebih kepada senaman pagi lepas kami semua selamat menunaikan solat subuh dengan tazkirah. Boleh dikatakan sebenarnya setiap hari aktiviti yang sama akan dilakukan kalau di kem.





















































































-------------------------------------------------------- ceramah----------------------------------------------------

untuk ceramah pula banyak dilakukan di dalam dewan. Sepanjang ceramah berlangsung, pihak penganjur dah awal pesan pada semua dilarang mengambil gambar ataupun sebarang video. Means memang I sendiri pun tak dapat ambil gambar apa-apa semasa dalam dewan. Tapi di luar dewam, I dengan nadd & anis macam biasalah camwhore sana-sini :P









































































































Yang paling dijakunkan sekali adalah kolah dalam bilik air ni. I masuk bilik air terkejut tengok bilik shower takda. I tanya nadd "habis kita nak mandi macam mana dengan kolah ni?" Nadd kata "Inilah kampung style" Ahaha

-------------------------------------------------------Hari Terakhir--------------------------------------------------

Hari terakhir kami diberikan tugasan untuk diberikan ceramah tentang isu-isu politik di Malaysia. Lebih kurang macam individual presentation. I pilih tajuk Isu Air di Selangor tapi I dengan nadd terselamat daripada kena ceramah sebab kekurangan masa. Tapi Anis kena Haha :D You know what, sesiapa yang pergi ke kem ni sahaja yang akan tahu apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia. 

I tak boleh cerita secara details apa yang kami dapat sebab politik ini adalah rahsia. Tapi nasihat I sebagai mahasiswa sebenarnya kita boleh berpolitik, cuma caranya biarlah betul. Kita antara golongan yang cerdik pandai kalau nak bercerita tentang politik perlu bercakap menggunakan fakta. Kaji selidik terlebih dahulu tentang apa yang kamu dengar, barulah boleh suarakan pendapat :)





































































last but not least...sempat dapat bergambar dengan ahli kumpulan I (even blur) sepanjang sesi kem dari pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Andy & Jeff. Bercakap tentang Andy, ada satu part masa Andy bagi ceramah buat I jadi sebak sangat :( Andy berasal dari Sabah. Topik yang dia bincangkan adalah isu Lahad Datu. Ayat dia yang buat I sebak sangat "Saya orang Sabah, macam mana kalau Sabah hilang dimana keluarga saya mahu tinggal?" Seluruh dewan terkesan dengan ayat Andy.



































Akhir kata, I belum layak untuk mengundi sebab masih belum berumur 21 tahun. Tapi sekiranya diberi peluang untuk mengundi, I tahu yang mana sebagai rakyat patut pilih dan semenjak balik dari kem, bila baca surat khabar I terasa nak lebih tahu tentang politik. Semoga pilihan raya yang ke-13 akan dijalankan dengan telus dan ingat! pilihlah pemimpin yang boleh memajukan sesebuah negara dan rakyat bukan menghancurkan lagi bumi Malaysia.

1 comment:

Amanina said...

manis2 semuanya.. have fun