Sekarang bulan April. Hampir sebulan lebih juga tak update. Hidup sebagai mahasiswa macam chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Hilang demi tugasan yang nah! berlambak assignment, kuiz dan test. Bila masuk cuti mid-term, barulah tangan dapat direnggangkan untuk menaip di sini. Ini pun curi masa. Walaupun sekarang berada di rumah, mana boleh rileks. Due date semua killer! Contoh bulan MARCH. Walaupun katanya berbulan madu, tak madu sangatlah.
Jadual tak usah kata. Kelas
boleh dikatakan setiap hari habis pukul 6 petang. Kalau ada yang habis
awal pun, memang I tak dapat nak balik bilik sebab banyak lagi urusan
yang kena kejar. Tanggungjawab sebagai pelajar, komitmen dengan MYUFM
yang I perlu bertugas malam dan di celah waktu rehat. Tapi I bukan
mengeluh. Tugas sebagai pelajar itu adalah tanggungjawab, bertugas
on-air menjadi deejay pun tanggungjawab juga tapi itu lebih kepada
minat.
Oh Ya! Jangan lupa dengarkan chimie pada setiap Ahad pukul 12.30 tengahari sampai 2.30 petang dalam segmen Betul ke Bohong? dan juga setiap Isnin pukul 8.30 hingga 11 malam dalam Buffet MYUFM PLUS PLUS+ di www.myufm.net. Hantarkan lagu apa yang anda ingin dengar dan dedikasi/ucapan. Insyallah, I akan tunaikan kesemuanya sekali. Okay Byeee!
No comments:
Post a Comment