16 March 2013

Bait-Bait Kata (Seindah Sakura)


Semakin lama semakin gian hobi membaca novel. Cuti semester haritu banyak juga I habiskan duit dengan membeli novel. Sesetengah pandangan mungkin rasa golongan yang membaca novel golongan yang jiwang karat. No! Dalam diri I dengan membaca novel kita akan banyak ketahui pelbagai jenis kehidupan, dugaan dan cabaran. Sekarang pun seolah menjadi trend dari novel menjadi drama bersiri seperti Adam dan Hawa dan Sehangat Asmara. Ini dah masuk minggu ketiga bagi pelajar degree cuma masih dalam mood honeymoon lagi without any test & assignment. So, I banyak pinjam novel-novel dari library. Baru semalam dapat menghabiskan novel Seindah Sakura karya Liza Zahira. Bila I bawa novel ni kemana-mana, mesti ada yang tegur "Ouh, ini cerita yang pernah tayang dalam TV3 Fasha Sandha dengan Fahrin Ahmad". I pun tak tahu sebab jarang tengok tv. Cuma I suka bait-bait kata pengakhiran novel ini yang buat I tersenyum keseorangan. So sweet I think :)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-Seindah Sakura karya Liza Zahira-


Jam 5 petang, premis ditutup. Para pekerja sibuk berkemas. Manakala shakira masih meniliti pakej pelancongan yang disediakan di kaunter.

“Nak bercuti ke? Tegur Airil sambil menarik kerusi rapat dengannya.

Wanita itu terkejut lalu memandang wajah Airil yang hanya jarak beberapa inci sahaja daripadanya. Lidahnya kelu mencari jawapan selamat. “Saja, tengok-tengok kalau ada tawaran menarik.”

“oh ya, abang ada satu pakej menarik untuk Ira”

“ Ya ke? Ke mana? Soal shakira teruja. Pandangan mereka bertentangan.

“Ke syurga!”

Shakira ketawa besar. Pantas tangannya menutup mulut . Airil cuma diam. Dia sekadar menikmati pemandangan indah di depannya. Seorang wanita jelita sedang ketawa riang bila mendengar kata-katanya yang dirasakan tidak lucu langsung. 

Tapi dia tetap bahagia melihat keceriaan wanita itu. Hati lelakinya cair.

“Berapa harganya?” Shakira sengaja melayan.

“Murah”

“Berapa? Lima sen?” Shakira memberikan sindiran manja. 

“RM80 tunai,” balas Airil bersahaja.

Shakira ketawa lagi. Tapi kali ini dengan pipi yang merah. Dia sudah mengesan maksud sebenar Airil.

“Terjamin ke masuk syurga?” Dia menyoal lagi. Kali ini serius, menyembunyikan hatinya yang berbunga riang.

“Insya-Allah, tapi niat kena ikhlas kerana Allah,” balas Airil sambil melemparkan senyuman menggoda.

“Pergi naik apa?” soal syakira lagi. Dia cuba bermain kata-kata tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu.

“Roket 165.”

“Oh, siapa juruterbangnya?”

“Kapten Airil,” ujar lelaki itu lembut tetapi yakin.

“Okay, akan dipertimbangkan.”

“Jangan lama-lama sangat. Roket dah nak berlepas.”

Shakira tersenyum. Pipinya merona merah. Dia semakin resah, lebih-lebih lagi bila terasa Airil semakin dekat dengannya. Untuk mengelakkan rasa tak keruan, Shakira bangkit lalu bersuara, “Ira kena periksa dulu tahap keselamatan roket sebab perjalanannya jauh dan mencabar. Ujian teknikal dan ketahanan bahan perlu ikut piawaian.”

“Silakan. Sebut saja pemeriksaan apa, abang ada sijil ISOnya,” ujar Airil.

Shakira terus menguji, “Hmmm..bila saya boleh terbang?”

Airil terkejut mendengar jawapan spontan itu. Dengan kegembiraan yang meluap-luap, dia bersuara, “Bila-bila masa dari sekarang.”

Mendengarkan jawapan Airil itu, dia kehilangan kata-kata. Dia memandang Airil, cuba mencari kepastian bahawa lelaki itu bukan main-main. Lelaki itu membalas dengan pandangan penuh harap. Dia semakin serba salah. Sudah setahun lelaki itu menantinya. Tetapi dia tidak dapat memberikan kata putus. Dia sibuk dengan novelnya hingga tidak ada masa untuk memikirkan jodoh.

“Berapa penumpangnya?” Shakira bertanya dengan suara yang kering. Dia tahu yang dia tidak boleh mengelak. 

“Eksklusif untuk Ira seorang.” Lembut Airil menuntunkan kata-kata.

“Janji?”

“Pasti!”

“Kalau macam tu, jumaat minggu depan kita lancarkan roket tu.” Balas shakira sambil melarikan matanya seketika sebelum tersenyum malu di depan Airil.

“Yahoo…Alhamdulilah,” Airil bersorak kegembiraan. 

2 comments:

Huda Diaz said...

Pergh, suka kau ye cerita romantis begini. haha

AFIQAH RAZAK said...

suka a lot.
tapi bkn setakat novel yg aku baca, skrg ni aku nak perbanyakkan baca buku motivasi & agama.
terasa jahil bila orang tanya dekat kita, kita tak dapat nak jawab apa-apa sebabnya kurang pembacaan.
tapi novel tu mmg peneman aku setiap malam.
mana tau one day aku boleh jd penulis novel :)