01 December 2012

Kenangan sekolah rendah - Part 2

Sambungan...

#11
Darjah 6, I suka dengan subjek sains sebab selalu buat eksperiment. Ingat lagi eksperiment roti kulat, tanam biji kacang hijau then kaji mana yang cepat tumbuh, kaji suhu air, klau masuk garam suhu akan lebih 100 celcius & banyak lagi. Lepas dah buat eksperiment, kena buat dalam tulisan yang dipanggil PEKA. Ada hipotesis, inference, manipulated variable, constant variable & fixed variable.

#12
Darjah 6, I jadi ketua pengawas perpustakaan. Sekolah I kalau pengawas perpustakaan pakaian seragam color pink. Orang lain pakai baju kurung pink, I tak. I pakai kemeja pink, kain kipas belakang, dgn tudung masuk dalam baju. Okay bajet nak lain dari lain, tak tau dalm tuh kepanasan yang teramat.

#13
Darjah 6, lagi cinta monyet...BOOOO! I pernah suka dekat seorang lelaki ni..sampai I pernah bagi dia daun, bajet macam nak sentimental. Atas daun yang dikeringkan..I tulis nama dia dan nama I forever..Okay BOOOOO sekali lagi :p tapi dapat respon..rupanya dia dah lama suka I juga. Siap main balas surat..! Ahahaha

#14
Darjah 6, I selalu ponteng sekolah agama sebabnya terpengaruh dengan kawan pergi cybercafe main kampungchat. Siapa yang pernah terjebak dengan kampungchat of course tau laman sosial tuh. Zaman tu mana ada facebook,twitter lagi..myspace pun tak tau lagi.Bila balik rumah, buat muka clear habissss!

#15
Darjah 6, dekat sekolah budak lelaki selalu ejek kasut I. I masih ingat lagi nama budak lelaki tuh..tapi tak perlu mention di sini.Dia selalu kutuk kasut I sebab I pakai kasut Bata jea. Dia pakai kasut converse. Dulu manalah tau jenama2 ni, apa yang parents I belikan..I just accept it dengan bersyukur apa yang ada. Tapi sebab dah tak tahan sgt dgn mamat ni, I sanggup merengek dekat ayah I nak pakai converse juga. At last, bila I dapat beli baru, I perasan kasut converse dia koyak, I jerit kat sekolah cakap kasut dia converse bundle! Semua balas dendam punya pasal..bengang kau! Lain kali jangan nak malukan orang!

#16
Darjah 6, ingat lagi lawatan ke KL dengan cameron highland untuk pelajar yang dah habis UPSR. Time tuh, ayah cuma bagi I RM15O untuk duit belanja.Orang lain semua masa kat cameron highland beli bungalah, teh, strawberry. I memang tak minat nak beli benda tuh semua sebab I tunggu nak pergi KLCC. Dengan berbaju sekolah I masuk KLCC, I masuk satu accesories boutique BONITA, I beli pin rambut kecil yang ada kristal dengan harga RM99.90! Balik dari lawatan, ayah tanya kakak beli apa? Dengan berdebarnya tunjuk pin rambut tuh, habis kena marah. Hahaha Ini semua Majalah Bintang Kecil punya pasal.. I dulu suka langgan majalah bintang kecil..adalah satu ruangan dlm majalah tu, tunjuk gambar pin rambut2 yg comel.. I berkenan satu pin rambut tu sbb its totally look like princess. Tgk detail gambar tuh, FROM BONITA,KLCC! Dah alang2 nak pergi KLCC,belilah :p

#17
 Darjah 6, lepas habis UPSR, sekolah I buat program tanam sayur bayam kalau tak silap. Dekat belakang sekolah adalah tanah lapang untuk tanam sayur. I paling benci bila part cikgu suruh I pegang baja tahi kambing letak dekat tanah. Dengan tak bagi handglove, nak paksa2 suruh buat. At last, bila sayur dah besar, cikgu bahagikan utk semua orang dapt. I ambil tapi tak makan, sebab asyik terbayang baja tahi kambing tuh..& until now I can't eat any sayuran.

#18
Darjah 6, I suka sangat dengan perhimpunan pagi. Sebabnya, setiap kali lepas cikgu bagi ucapan, semua murid dibekalkan dengan lirik lagu English bertujuan untuk process learning word in English..lagu yang selalu nyanyi..Uptown girl,My love-westlife && many mores.Time tu kalau nyanyi, mana2 yang ada cintan-cantun suka kerling2 dkat pojaan hati Hahaha baik lelaki dengan perempuan..Sama jea :D

#19
Darjah 6, pernahlah bila hari sukan sekolah untuk sesi pilihan..I antara yang paling excited untuk pergi training. Training punya training.. memanglah cikgu pilih I. Tapi almost setiap sukan I cuma setakat pemain simpanan! Bila dah macam ni, baru I sedar..I bukan dicipta dengan ada bakat dalam sukan..even bola jaring yang selalu girls main pun I tak pandai!

#20
Darjah 6, I antara yang ternakal. Admit that ;)

PS: Sorry due to late post..I'm currently emotional exhausted with test, assignment, presentation and event. University life's babe :)

1 comment:

Nina Mads said...

Rindu jugak sekolah rendah..

Boleh buat mcm2 experiment :)