13 November 2012

Kenangan sekolah rendah - Part 1

 #1
Darjah 1 sekolah di Pasir Gudang 3. Dulu I selalu tidur rumah grandma sebab parents I kerja. Nenek I la yang selalu siapkan I sebelum pergi sekolah. Orang lain pakai baju  kurung pergi sekolah tapi I jea melayu kat situ pakai pinafore. Bila hari jumaat baru pakai baju kurung dgn tudung.

#2
Darjah 1 pergi sekolah nenek selalu letak bedak tabur habis penuh satu muka..yelah dulu mana pandai nak melawa. Apa yang nenek I pakaikan, terima jelah. sekarang je demand nak pakai compact powder, foundation bagai.. lagi demand..dulu ibu belikan makeup silkygirl boleh jea, sekarang jea mula memilih nak pakai MAC, BOBBI BROWN, CHANEL..LOL!

#3
Darjah 3 I pindah sekolah masai sebab that time ibu dah berhenti kerja. Dulu rumah kat taman rinting.. I ingat lagi kalau kawan lelaki geng2 main basikal..paling I ingat nama dia azizi. sebab azizi pun macam I baru pindah sekolah.. dan dapat kelas sama. Dia selalu ejek nama ayah I, balas balik I ejek gigi dia sebab rabbit sikit. Hahahaha..

#4
Darjah 3, paling tak boleh lupa dulu kalau pergi sekolah naik bas. Nama bas tu "Anakku Sayang". Pakcik bas tuh memang menyakitkan hati. I masa darjah 3 dah mula tumbuh jerawat..(terlebih matang kott). Jerawat pertama betul2 kat atas hidung. Satu hari pakcik bas tu tanya semua org dlm bas "siapa nak ikut pakcik pergi daki gunung everest?" Semua dalam bas angkat tangan termasuk I. Pakcik bas tu cakap "Jom kita pergi daki gunung everest jerawat pika" Fine!

#5
Darjah 4, I ada geng tulis novel. Dulu bila masuk library, I suka pinjam novel kisah remaja yang selesaikan misteri. I pun dah tak ingat sangat the exact name. Sejak tuh, I & the geng mula buat cerita novel sendiri. Kisahnya pasal kitorang balik dari kelas malam.. nampak mayat dlm longkang and then mula siasat.. konon nak buat novel lebih kurang CSI hee..

#6
Darjah 4 I pernah terjebak cinta monyet. Hahaha malu nak cerita. Nama perlu dirahsiakan, semenjak I suka dia I beli satu buku nota yang comel..Klau tak salah buku tu color biru..depan gambar kartun pooh. Dalam buku tu, I tulis jalan cerita, kononya detik pertemuan sampailah macam mana dia start tegur I, sesi luahan perasaan semua kat dalam buku. Yang kelakarnya, I siap letak sticky note dekat front page book dgn ayat "kalau buku ni awak jumpa 10 tahun kemudian..harap awak senyum bila baca" Bahahaha eeiii geli bila ingat balik!

#7
Darjah 4, part yang paling I suka kokurikulum. Sebabnya bila nak balik rumah, bas tak provide. So I & the geng jalan kaki lintas jalan raya besar lepas tu lalu dekat tangki air..Itu paling challenging sekali. Siapa yang pernah sekolah masai mereka tahu tangki air tuh. Bawah tangki air tuh sungai yang deras sgt, lg2 time hujan. kitorang yg lalu atas tangki air masing2 pimpin tangan takut jatuh. Ada sweet moment di situ... :p

#8
Darjah 4, ada budak lelaki ni suka I. I still remember his face until now. Dalam kelas semua sibuk kenakan I dgn dia. I ni yang tak tahu pape marahlah. Ada satu part yang tak boleh tahan, I datang kat budak lelaki tuh cakap "kalau awak nak saya, dah besar jadi pilot dulu, baru boleh suka saya" dgn muka kekwat habis. Actually, dulu kalau isi form cita-cita nak jadi apa? I akan tulis pilihan pertama I pramugari. Hahaha itu sebablah I suruh dia jadi pilot. Tapi mungkin lah kott dia pegang apa yang I cakap.. Now he is a pilot :)

#9
Darjah 5, I pindah sekolah lagi. Kali ni pindah sebab ayah dah buat rumah tetap di Tiram. Kali pertama masuk sekolah baru I rasa tak seronok sangat sebab I tengok student berleluasa cakap babi, sial, pukimak and so on (sorry to mention here). I bukanlah nak cakap sekolah masai tu bagus sangat, tapi sepanjang I sekolah situ, tak pernah guna bahasa kasar macam tuh. Bila first day masuk sekolah tiram, dgr perkataan yg tak enak didengar I merayu dkat ayah nak pindah sekolah. Samada kawan I dulu semua baik2 belaka ke atau I jea yg tak tau perkataan mcm tu tgh trend? whatsoever.

#10
Darjah 6, Ingat lagi setiap kali ada hari terbuka sekolah, I paling berdebar. Sebabnya I dari darjah 1 sampailah darjah 6 mathematic tak pernah lulus. Ayah I strict kalau bab pelajaran. Lagi2 kalau subjek matematik, sbb kami adik beradik mmg lemah math. Favourite subjek ayah matematik, so he push me to get an A'S. Malangnya, sorry failed again and again. I decide nak sorok kertas ujian math yg fail bawah katil. Ingat dah selamat, rupanya ayah pergi call cikgu sekolah tanya math I dpat berapa? Teruk kena ceramah :p

Banyak lagi kenangan sekolah rendah.. stay tune and will continue next time :)

No comments: