18 October 2011

:(

Sekarang tinggal kami empat adik beradik dengan mak yang kami panggil nenek di rumah. Pagi tadi semua ahli keluarga berkumpul bersalam-salaman dengan ibu dan ayah sebelum pergi ke KLIA untuk berlepas mengerjakan haji. Sebak di hati sebab tak dapat hantar sampai ke KLIA. Insyallah bila ibu dengan ayah balik ke Malaysia semula kami adik beradik akan jemput. Bila ibu dengan ayah dah pergi, semua tanggungjawab sebagai ketua keluarga terletak di bahu saya sekarang. Sebelum ibu pergi banyak sangat pesanan, kakak jaga rumah, kakak jaga adik, kakak jaga kucing, macam-macam lagi. walaupun saya sahaja seorang anak perempuan dalam keluarga yang lain semua lelaki, tapi saya sebagai anak sulung adalah sangat bertanggungjawab dalam segala hal. Ayah selalu cakap dengan saya ayah sentiasa utamakan anak sulung dalam segala perkara tambah pula saya seorang je anak perempuan banyak kelebihan yang saya dapat. Insyallah selama sebulan lebih ibu dan ayah pergi kakak akan sentiasa jaga keluarga kita, jaga harta kita, jaga adik-adik, jaga seluruh ahli keluarga walaupun saya hanya seorang perempuan. Minta pada Allah dijauhkan segala malapetaka sepanjang ibu dan ayah tiada. AMINN...

No comments: