24 July 2013
5 JENIS KAWAN MAKAN KAWAN
** Selalu kena dengan Kawan jenis ke-4.
Pernah I rapat dengan seorang kawan, tetiba dia datang dekat I, dia kata "AKU MMG TAK SUKA
KAU LEBIH DARI AKU, TAK KIRA APA PUN, AKU NAK LEBIH DARI KAU"
Hahaha sampai sekarang nampak kau memang nak nampak lebih, silakan :)
Pada I, kau bukan lawan aku. Tapi nak tanya sikit lah sampai aku dah beranak pinak ke kau tak
suka aku lebih? Kalau aku ada 3 anak, kau mesti nak 4 anak kan?
1. Kawan yang rampas kekasih kawan sendiri
Perghhhh, gejala kawan rampas kekasih kawan sendiri adalah simptom kawan makan kawan yang paling femes. Bukan setakat drama TV, Majalah Remaja, Majalah Wanita, sampaikan ada forum khas untuk kes kawan rampas kekasih kawan sendiri di radio dan sebagainya. Dari sudut negatif, gila jahat kawan yang rampas kekasih kita or even yang rampai suami atau isteri yang kita sayangi. Tapi jika dilihat dari sudut positif, ada hikmahnya. Bukan jodoh kita dengan dia, jadi terima seadanya dan cinta yang kawan kita pupuk dengan kekasih kita walau dari teknik dan cara yang terkutuk, kita perlu doakan kebahagian mereka sebab itu sudah ditentukan. Dan the best part is, for sure punya kekasih kita jenis yang tak setia sampai sanggup bercinta dengan kawan kita sendiri dan for sure punya kawan kita jenis yang tak hargai persahabatan sampai sanggup rampas kekasih kita. Jalan penyelamat, tinggalkan kedua dua mereka dan jalani hidup baru. Kalau korang dari kalangan orang yang baik budi baik pekerti baik akhlak dan baik hati, korang akan ditemukan dengan kawan dan kekasih yang seangkatan dengan korang. *dah macam Dr. kawan aku nie* GILA!!!!!
2. Kawan yang burukkan nama kawan sendiri pada orang lain
Percaya atau tidak, ramai orang yang kita anggap kawan sanggup menjaja keburukan kita pada orang lain. Ini adalah kes paling serius sebab ia melibatkan nama baik kita.Lagi serius bila keburukan kita dijaja demi untuk menampakkan yang dia tu sebenarnya baik pada mata orang lain. Kawan jenis ini lebih kepada talam dua muka yang depan kita berlagak baik, depan orang lain kutuk kita macam kita ni serupa orang yang takder rupa. Haaa, jangan main main dengan kawan jenis ini sebab dia sangatla licik almaklumla talam dua muka. Tapi jangan konpius dengan orang yang burukkan kita sebab kita memang buruk. Ada kawan yang terpaksa ceritakan keburukan kita pada orang lain sebab dia sudah tak tahan dengan perangai durjana kita. Beribu kali nasihat tapi taknak didengar. Jadi, semua perlu cermin diri sendiri dan jangan jadi sebahagian orang yang selalu menyusahkan orang lain. Errrr (o.O)
3. Kawan yang bocorkan rahsia kawan sendiri
Haaaah, bila sebut jer kawan, mesti ada banyak rahsia yang kita kongsikan dengan kawan. Lebih lebih lagi bila kawan kita itu adalah bestfren 4 eve yang tahu selok belok, haru biru perangai kita. Berapa banyak duit kita ada, pakai underwear warna apa, tabiat tidur, cara mandi, siapa kekasih kita dan bla bla bla bla. Ala, kalau setakat nak berkongsi dengan orang lain hal hal general, tak hal la. Sharing is caring is loving kan. Tapi yang jadi masalah bila kita punyala dengan berhati hati menjaga sesuatu rahsia tu bertahun tahun lamanya. Satu hari terpaksa jugak kita kongsi dengan membe sebab dah tahan menanggung seorang diri. Akhirnya, rahsia yang kita jaga bocor dek kawan durjana. $%&%#()&!!!!!!!, walau sumpah seranah carut carutan yang kita lemparkan, dah tak berguna sebab rahsia yang kita simpan dah bocor.
4. Kawan yang mempergunakan kita untuk kebaikan dia
Cesss, ini adalah jenis kawan makan kawan yang paling tak berguna. Hidup dia cuma tahu menyusahkan orang lain untuk kebaikan sendiri. Oho, serius sungguh ramai kawan yang take for granted untuk kepentingan sendiri. Memang tolong menolong adalah syarat berkawan tapikan kalau kita jer yang asyik tolong kawan setiap masa dan ketika, ni nak panggil kawan ke aper? Btw, kalau korang ada kawan yang tetiba korang rasa sangat terbeban dengan kehadiran dia apa yang korang buat sebab aku memang takder tips untuk atasi kawan jenis nie. The best tip yang aku ada ialaha, abaikan dia~sekian!!
5. Kawan yang betul betul makan kawan sendiri
Actually, aku tak tahu nak namakan apa kawan jenis ni. Maksud kawan yang makan kawan yang ni ialah kawan yang menodai kawan sendiri. HOH!!! jangan tak caya,, ada ramai kawan yang menodai kawan sendiri. Kita berkawan kekadang tidak mengira jantina, yang lelaki mungkin kawan baiknya adalah perempuan. Dalam diam, rupanya dia menruh perasaan. Kerana tidak tertahan godaan, akhirnya si kawan menumpaskan kawannya demi kepuasan nafsu sendiri. Ahak, kes kawan noda kawan bukan setakat antara kawan lelaki dan perempuan sahaja, ada juga kawan perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki. Tapi lelaki dengan perempuan is the worst case scenario. Then, silalah jaga adab ketika berkawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe..most of it true lorh..sabar jelah kalau ada kawan macam ni..huhu..
Post a Comment