17 August 2012

Currently..

watching korean drama all the time sampai pengsan!
I habiskan cuti semester dengan setiap masa menghadap tv sekejap laptop.
sekarang menjadi-jadi sampai setiap hari kena marah dengan ayah.
sebabnya tengok drama korea dari pagi sampai ke sahur, bila sahur baru tidur.
Bangun balik pukul 10 sambung balik tengok cerita korea. 
this is my life now.


Bravo my life
kisah seorang ibu yang menghidap penyakit kanser dan cuma ada tempoh tiga bulan untuk hidup. Dari situ anak-anak sangat ambil berat sampai sanggup korbankan maruah dan wang ringgit demi menyelamatkan ibu beliau daripada mati. Bila I tengok drama ni automatik air mata cepat sangat nak mengalir. Mesej yang nak disampaikan dalam drama Bravo my life, seorang ibu boleh jaga sepuluh anak tapi dalam ramai anak tak mungkin sanggup jaga seorang ibu. Satu lagi I dapat tahu betapa pentingnya beli insuran kesihatan.


Bride of the sun
Drama mengisahkan seorang perempuan miskin yang berkahwin dengan jutawan atas dasar ingin membalas jasa baik jutawan tersebut yang menyelamatkan adiknya yang terlantar sakit. Kim Hyo Won yang cekal terima segala tohmahan dari keluarga jutawan dan mengorbankan perasaan cinta kepada teman lelakinya demi adik beliau dengan terpaksa mengahwini seorang jutawan tua. I bagi 6 out of 10 for this drama sebab sometimes ada part yang I kurang setuju dengan watak perempuan ni sampai rasa nak menjerit tolonglah..tolonglah... jangan jadi bodoh.


Running man
setiap hari jumaat pukul 6.30 petang dah terpacak depan tv tunggu episod running man yang terbaru. Sementara nak tunggu berbuka puasa memang akan gelak seorang sampai dah lupa I belum buka. Untuk running man esok hari jumaat ada tetamu which is my nickhun 2pm. Aigoo.. can't wait!

dream high 2, strong heart, 2pm show, we got married, and many more I addict now. 
selepas raya ada new drama Yes! captain. Tengok preview dah rasa tak sabar nak tengok. 
I akan pastikan semua dapat habis tengok sebelum habis cuti semester.
 

2 comments:

light said...

org dwnload je sumer drama tu lg jimat masa dr tunggu hari2, yes captain pun citer lama..

AFIQAH RAZAK said...

tunggu jelah sbb nak download x pandai.