23 July 2012

Tafsiran mimpi?

Hai assalamulaikum.

Mimpi akan berlaku setiap kali kita tidur. Sejauh mana mimpi itu benar atau sekadar mainan tidur itu semua kerja Allah yang maha esa. Ada sesetengah yang mendapat mimpi sebab Allah mahu berikan kita petunjuk. Walaupun ramai kata tak usah percayakan mimpi sangat sebab mimpi adalah hiburan kita ketika tidur. Pada I mimpi kadangkala berikan petunjuk dalam hidup I. I tak mahu ceritakan petunjuk apa dalam mimpi dan dalam realiti I yang sebenar, tapi cukup I katakan disini terlalu banyak Allah izinkan beri petunjuk kepada I dalam hidup. Kadang-kadang bila sesuatu berlaku dalam "real life", ouh baru I teringat macam ini macam tuh pernah dalam mimpi I. Sometimes call it "Dejavu", I don't know Allah maha mengetahui.

Mimpi yang I ingin ceritakan berkaitan dengan mimpi I semalam. Sejujurnya semalam I tak tahu kenapa I rasa sunyi sangat. Duduk terkurung dalam bilik buat I banyak berfikir segenap perkara. Selalunya I ambil mudah dalam setiap masalah yang I hadapi dengan malas nak fikir, tapi semalam entah kenapa I tersangat sensitif. Semalam sebelum tidur I ada berdoa "Ya Allah, untuk hari ini aku rasa tersangat sunyi, kalaulah aku dapat berjumpa dengan siapa yang aku akan berkongsi hidup mungkin aku tak rasa sunyi macam ni". 

Mungkinlah I tak tau nak percaya atau tidak tapi I just want to share here. I mimpi I merajuk dengan seorang lelaki berbaju melayu color gold sebab I dapat tahu cincin nikah yang dia belikan untuk I itu cincin isteri pertama. Means I isteri kedua dia. Dalam masa I tengah merajuk, dia terangkan dekat I kenapa dia bagi cincin nikah isteri pertama sebab isteri pertama dia yang nak I pakai cincin tuh tanda dia izinkan untuk dimadukan. Ha? Heart Attack! Terus terang I cakap I nampak jelas muka lelaki dalam mimpi tuh. tapi kalau sekarang disuruh describe macam mana rupanya I dah lupa. sebab gambaran jelas muka lelaki tuh sekejap sangat. Mimpi semalam berpanjangan sampai subuh...tapi tak perlulah cerita lebih details. 

Lepas terbangun dari tidur, persoalan pertama yang buat I terfikir "aku ditakdirkan untuk jadi isteri kedua ke?" Andaikata dalam kehidupan I sebenar ditakdirkan untuk bermadu, dengan redha I terima tapi untuk jadi isteri kedua bukan itu yang I gambarkan. Maksudnya I redha kalau suami I berkahwin lagi Insyallah I izinkan means I isteri pertama bukan macam dalam mimpi, I yang kedua. Salah satu sebabnya andaikata I tahu status lelaki sekian dah berkahwin, tak mungkin I akan terima lamaran dia, inikan lagi nak ada perasaan. Bertambah pelik dalam mimpi tuh isteri pertama layan I sebagai isteri kedua tersangat baik. Entahlah.. kesimpulannya don't take serious dengan apa yang dimimpikan. Panjang cerita untuk hari ini setelah sekian lama dah tak berblogging. Terima kasih mana yang sudi membaca ^_^ Selamat menyambut ramadhan pada semua. Diharapkan kita dapat menggandakan pahala di bulan yang mulia. 

No comments: