02 December 2010

Cerita Minggu Lepas 1#

Actually ini story minggu lepas. Tapi baru dapat story today cuz gambar hanya ada pada orang yang dah pergi perlis tuh. Haiya macam tak masyukk cerita kalau tade gambar. Tehee alasan lebih akhirnya gambar semua dapat kat putera setelah I pergi rumah putera dengan tak mandi,muka still bertepek krim malam lepastuh kena amik adik kesayangan kat skola lagi. Kebetulan hari nie I off day.

Rabu minggu lepas hangout dengan apis kesayangan sebab lepas nie dah tak jumpa dia lagi kan & putera campur budak spm tersesat adik I. Entah bila lagi kita dapat jumpa pun aku tak tau. Sedangkan hanafi yang kat matriks pun susah nak jumpa. Bila aku cuti sem, korunk pulak dah habis cuti sem. Bila aku dah habis cuti sem, korunk pulak start cuti sem. Haishh lagi pulak apis yang masuk politeknik I pun tak tau bila dapat jumpa. Kalau matriks tuh tau lah serba sedikit jadual matriks sebab adam pun matriks. kalau politeknik tade kawan weyyy.

Ikutkan I yang sebenarnya beriya sangat ajak keluar sebab nak tengok movie harry potter and the deathly hallows. I tau siapa yang tak minat harry potter mesti bosan tengok movie tuh. Tengok apis arituh pun sampai dah mengantuk, maybe dia layan jea kott. Hahaha kena bersabar dengan member kau nie yang fanatik harry potter k :)


pasal gambar nie. Cuba y'all tengok betul betul. ada macam rozylawati ke? Haha selamba badak jea panggil rozylawati. Rozylawati tuh Ibu I. Hehe Putera cakap bila I pakai cermin mata sejibik macam ibu I. Those yang pernah jumpa Ibu I korunk nilai sendiri lah adakah sama ? Sebab yang I tau muka I ikut ayah tak ikut Ibu. Tapi dah nama pun anak beranak kan .



Semenjak sekarang I langsung tak boleh kalau tak pakai cermin mata. Bila buka cermin mata kepala dah start pening and nak nampakkan satu objek tuh pun susah. Mengalahkan orang buta. Kenkadang puas lah orang melambai kat I sampai jerit panggil I. Haha Masalahnya I langsung tak nampak muka orang tuh. Bila dah datang dekat betul terpacak depan muka I baru tau lah kau rupanya. Terukkan? Dua hari lepas lagi lah konon malas nak pakai cermin mata selamba jea drive malam tak pakai cermin mata. Suddenly dengan mata kabur hanya ikut line putih, I tak perasan I dah masuk lorong orang without signal. Dah la hujan lebat bertambah buta mata nie. Nasib baik lori tuh cepat hon dari jauh. Agaknya I bawa terhuyung hayang Haha


 Peha nampak besar tuh antara kesan kamera. Tehee okayy picture yang seterusnya adalah hanya upload kat blog nie jea. Ini antara babak lucu antara kami yang I upload kat sini sahaja. Macam ekslusif, konon ajelah. Hee Kisah start apislah ajak bergambar konon ala-ala iklan perfume. Pulokkk Bahahaha tapi hakikatnya kitorang tak menjadi amik gambar macam tuh. saje jea sebab that time bosan tak tau nak jalan mana lagi nak menunggu pukul 4 nak tengok movie.


Babak 1# Bila Putera cakap korunk ready, I try nak buat macam dalam iklan. At first boleh cover lagi walaupun padahal perut dah start bergeletek dah. 

Babak 2# Perut dah tak boleh tahan nak ketawa. Bila pandang muka apis, sumpah nak gelak.


babak 3# akhirnya ketawa juga. Dengan kau nak amik gambar macam tuh memang tak menjadi.Haha tengok muka kau jea aku dah nak ketawa .

The end :)

No comments: