07 November 2010

Catwalk .


Salam. Catwalk menceritakan hari nie la pasal gua pegi jalan lah. hihi pepagi buta lagi I bangun mandi and then call my scandal suruh datang amek. scandle ? ha ha ha bukan scandle apa pun sayang just tak tau nak pangkat kan abang ke , or pakcik sebab dia tak tua. roomate I semua ketawa bila I call dia sebab orang lain semua panggil dia abang, I tak. panggil dia awakkkkkkkkkkkk :) gatal kau ! sumpah hensem belaka and kalau dia drive mesti I kena duduk sebelah dia. dah la pendiam, hensem pulak tuh. hahahaha sumpah merepek. Dia pemandu berhemah kott.

Tujuan asal keluar hari nie bukan sesuka hati nak berjalan, final exam kott. even tinggal lagi 1 paper tak bermakna nak enjoy. kalau dulu time zaman sekolah, tade maknanye musim exam I dapat keluar. kalau sebulan exam, sebulan lah tak dapat keluar. my life study study study ...... But bila kita dah terbiasa dari kecil diajar macam tuh lama2 dah terbiasa. tapi nie sebab ibu call nak kirim kain batik buat kebaya kenalah pusing 1 terengganu cari batik. persoalannya kat johor tade batik ke ? maybe kat terengganu murah kott.

sebelum pusing cari batik seluruh terengganu, singgah kejap gedung shawl . menggila . I habiskan dalam 100 note malaysia beli shawl aje. Dah nama pun tak lama lagi nak balik kan. Johor tak banyak shawl mcm kat terengganu. plus lagi mahal. Terengganu murah kott. Tapi tanah air sendiri sape tak cinta kan. Mahal pun, tuh lah yang dok rindu tiap-tiap hari. ngeee


Then, we go to pasar payang. Untuk pengetahuan semua yg tak tinggal kat terengganu, pasar payang antara gedung batik yang paling murah & boleh cari yang cantik semua kat sana. Ingatkan nak belikan untuk ibu batik kat Arfa Batik Boutique, tapi memikirkan duit yang makin habis hihi decide pergi pasar payang jea lah. Murah dan cantik. Kat Arfa Batik sumpah la cantik, wang ringgitnya pun cantik hensem kacak bergaya belaka. Ibu, kakak masih belajar. Nanti dah kerja, dah kaya kakak belikan ibu nie ha Poh Kong tuh alaaaa kedai emas tuh. hahaha


" sayang, tengok papa sana. papa nak amik gambar tuh. cepatttttt, mama penat posing nie "

heeeeeeeeeeeeeeeeee , meroyan. actually I nampak budak kecik nie lepas keluar pasar payang. Papa dia dok sibuk tengok pemandangan, anaknya berlari-lari. Then bila I tengah ambil gambar, tetiba dia datang kat I say mama and nak ambil gambar jugak. terkezuttt kottt . celoteh gila dia. Ini kakak lah sayang, bukan mama awak. Tittle mama tuh lambat lagi. ha ha ha sila lihat ragam manusia di bawah.


Left more 3 days nak balik johor and bakal meninggalkan terengganu yang dah anggap macam rumah kedua. Will going Terengganu back bulan Januari depan untuk semester 2. pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun kedua dah alam universiti. Entry akan datang I akan conclude apa yang I dapat sepanjang masuk universiti nih. sangat teruja nak buat next post tapi tunggu habis final exam.


Lah siapa pulak nie ? bakal diceritakan juga dalam next entry. So tunggu temu janji kita di next entry. Jarum jam menunjukkan pukul 4.51 pagi bermakna I perlu study kejap lagi. byeeeeeee .

No comments: