01 August 2010

Hidung Berdarah :'(

Hampir setiap malam hidung I berdarah,
bila bangun tidur mesti ada tompok-tompok darah kat bantal dn terpaksa kena basuh.
Masa kat plkn, selalu hidung berdarah , keluar PLKN stop kejap.
then, skrg datang balik ;'(
I do some research, then I dapat tau nie.

Gejala penyakit:
Pendarahan hidung sebenarnya ialah satu gejala atau tanda kepada sesuatu penyakit dan ia sendiri bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku apabila salur darah yang berada di dalam rongga hidung pecah.

Punca Pendarahan:
Pendarahan hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik, yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah sewaktu pendarahan.Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan yang mana punca pendarahan itu tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini disebut pendarahan hidung jenis idiopatik.
Faktor-faktor lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera).
Benda asing yang termasuk ke dalam hidung pula, terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang boleh mengeras menjadi seperti batu (rhinolith).
Apabila keadaan ini berlaku, bahan keras yang mempunyai permukaan kesat ini boleh mengakibatkan pergeseran dan pendarahan kepada lapisan mukosa hidung yang sensitif.
Selain itu, struktur abnormal dalam hidung itu sendiri seperti tulang tengah hidung yang bengkok boleh mencetuskan pendarahan.
Walaupun ramai antara kita yang mempunyai tulang hidung tengah yang tidak lurus, namun tidak semestinya ia mengakibatkan pendarahan.
Pendarahan boleh berlaku akibat bahagian yang bengkok itu tersentuh dengan bahagian hidung lain lantas menyebabkan iritasi.

Jika pendarahan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa atau golongan di usia emas, ketumbuhan dalam hidung adalah salah satu daripada puncanya.
Biasanya pendarahan yang berpunca daripada ketumbuhan ini akan disertai dengan gejala-gejala lain seperti tersumbat sebelah hidung, kesakitan dalam rongga hidung, kebengkakan pada kelenjar limfa di leher, kurang dengar pada sebelah telinga dan sebagainya.
Namun begitu, ada juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang datang hanya dengan simptom pendarahan.

Faktor Penyumbang

Faktor-faktor umum yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah seperti masalah kegagalan sistem pembekuan darah di kalangan pesakit sama ada berpunca daripada penyakit hati, ginjal atau kanser yang melibatkan sel-sel darah seperti leukemia dan limfoma.

Mereka yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat untuk mencairkan darah juga terdedah untuk mengalami gejala pendarahan hidung. Disebabkan itulah pesakit dinasihatkan supaya mengambil ubat dalam dos yang betul dan sentiasa patuh kepada temujanji susulan untuk pemeriksaan darah.
Tekanan darah tinggi yang kronik juga boleh menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan tidak tahan kepada tekanan darah lantas apabila pecah akan mengakibatkan terjadinya pendarahan.

Kajian perubatan menunjukkan salur darah mereka yang telah meningkat umurnya atau yang mengalami hipertensi kronik turut mempunyai deposit plak kolestrol (ateroskelorosis). Keadaan ini menyebabkan dinding salur darah menjadi tidak kuat untuk mengecut (vasokonstriksi) sekiranya pendarahan berlaku (untuk mengurang dan menghentikan pendarahan).
Selain itu, ada pendapat juga mengatakan bahawa faktor paras tekanan itu sendiri yang jika terlalu tinggi akan menjadikan keadaan bertambah teruk.

Maka dengan itu,
tolong jangan bagi saya stress (!)

No comments: