21 April 2014

INTERNSHIP MARCH-JUNE 2014

Assalamualaikum. Berkesempatan untuk menulis kejap di blog. Paling terbaru nak diceritakan sekarang I masuk dalam semester praktikal iaitu semester ke-6 di mana semester last Degree. Yuhuuu! Sebenarnya I dah tak sabar nak habis praktikal, then masuk ke alam pekerjaan, merasa dapat duit sendiri setiap bulan. Nanti sikit-sikit beli kereta, beli rumah, ada duit lebih beli handbag dan handbag dan handbag lagi...Hehe nampak tak duit akan ke arah mana nanti, InsyaAllah jumpa jodoh simpan duit untuk kahwin lagi. Lagi meningkat dewasa, lagi banyak kena fikir, lagi banyak duit yang nak dikeluarkan. Tapi I suka. Itulah namanya proses kematangan dalam kitaran hidup manusia.

Bercakap pasal praktikal, sekarang I praktikal di Felda Vegetable Oil Product Sdn. Bhd or nama lain diorang sebut Kuantan Oil Product (KOP). Siapa yang duduk area pelabuhan Kuantan tau lah kott. Sebut je KOP, oh ha orang tau dah. Actually macam mana boleh dapat praktikal di KOP, terus terang I kata dari sumber orang dalam juga. Ayah I sendiri bekerja di Delima Oil Product, Pasir Gudang JB di bawah Felda Global Venture (FGV), so ada link di HQ senang untuk masuk. Lagipun memang FGV sangat mengutamakan anak-anak staf untuk praktikal dan bekerja nnti. Maksudnya sambung generasi keluarga bekerja di bawah FGV. Maybe ada yang terdetik, not fair pada yang lain. But you tau, nak tunggu result daripada company lain sangatlah lambat. 

Sebelum ni I ada dapat offer dari Petronas Pahang untuk praktikal. Tapi respon yang Petronas bagi its too late. Nak masuk praktikal bulan Mac, tapi dapat feedback end of Februari. So, its okay. Pada I ini baru praktikal. Tak perlu kesal, rezeki Allah ada di mana-mana selagi kita berusaha InsyaAllah... 

muka student praktikal :)

Alhamdulilah sepanjang sebulan lebih praktikal di KOP, semuanya berjalan lancar. Berterima kasih pada Encik Azami sebab tak bagi kita banyak kerja :P Cuma bulan Mac aritu agak sibuk buat filing system untuk department Human Resource. Semuanya dah beres, bulan April dah boleh fokus banyak utk thesis. Tentang thesis memang agak pening, buat tajuk "The Awareness of Online Recruitment among Alumni in Pahang". Dengar tajuk macam best kan? Tapi nak cari responden sangat susah. 

Setakat ni populasi dah berjaya dapat. Thank you to KPM Kuantan dan IKIP Pahang kerana sudi beri kerjasama dengan beri maklumat alumni. Tinggal nak buat pilot testing, distribute questionare, then buat finding dan report. InsyaAllah, walaupun susah kalau kita buat dengan ikhlas Allah akan permudahkan kerja kita. Yakin pada kuasanya. 

Dengan elauan RM400 sebulan, maka kita enjoyyyyy! Haha oh tidak cannot enjoy la babe. Mana nak bayar duit rumah sewa, duit minyak berulang alik ke tempat kerja, kira pergi kerja la kan praktikal ni?! pergi berulang ke Dungun untuk consultation lagi. Maklumlah selama Diploma sampai Degree tak pernah duduk rumah sewa, tak pernah merasa macam student lain save duit. Kalini baru dapat belajar nak saving duit utk bayar segala yang berkaitan. 

Kawan I sepanjang praktikal. Mereka semua pun praktikal di KOP juga. Tapi beza department sebab diorang senang kata keluar jadi Engineer la. Si tudung coklat selalu bawa kami yang bajet foreigner ni pusing Pahang sebab dia memang asal pahang. So dapat la merasa restoran mana yang sedap, tengok movie, jalan di shopping mall n etc. Thank you awak, Mashi :)

Kereta Viva yang banyak berjasa sepanjang praktikal. I bagi dia nama Ashley. Hihi terima kasih Ayah sebab belikan ViVa untuk kakak praktikal. Dulu, sebelum masa nak praktikal I siap bagi specific kereta macam mana yg ayah kena beli utk praktikal. Pertama, mesti kereta yang JIMAT MINYAK. Kedua, kereta tu mesti lah kecil yang sesuai utk I yang petite nie. Balik cuti semester aritu, Tadaaa its Ashley Viva....okay byeeee.....

3 comments:

Anonymous said...

Maaf Miss Afiqah,boleh sy dptkan emel HR utk this company?Felda Vegetable Oils Kuantan ni..

Unknown said...

As salam,, boleh saya dapatkan email HR delima oil pasir gudang??

Unknown said...

As salam,, boleh saya dapatkan email HR delima oil pasir gudang??