Lama dah tak melihat blog sendiri. Pagi lepas subuh terasa rindu, terus terdetik nak update blog la :) Kalau tanya apa khabar keadaan I sekarang macam mana? Macam disaster la sekarang. Baru sekarang I merasa penat dan penat dan penatnya sebagai student tahun akhir. Permulaan semester yang macam rileks boleh chill lagi tapi masuk ke fasa 3 dan 4 memang orang kata bukan ombak rindu, ombak taufan dah.
Dalam antara tugasan yang paling I benci untuk semester 5 ialah assignment sistem. Ya Allah, I tak tahu nak gambarkan macam mana susahnya untuk siapkan assignment sistem ni. Dalam nak menyiapkan assignment sistem, permulaan kita disuruh pergi visit company dan I pilih Pejabat Kesihatan Daerah Dungun (PKDD). Itupun setelah dah ditendang banyak kali dari company lain. I tak tahu la kenapa susah sangat company dekat area Dungun nak bagi kerjasama untuk buat appointment. Last minute I terjah PKDD tanpa appointment.
Bila tanpa appointment, hurm memang PKDD pula macam disaster. Tapi nak buat macam mana kita buat appointment, mereka tak bagi respond. Buat cara macam ni lagi senang. Okay next tanyalah dekat PKDD sistem apa yang diguna pakai sekarang. Walaupun maklumat tak lengkap, takpa I fikir itu gunanya Allah bagi kita akal fikiran, taulah nak buat macam mana. Lepas siap proposal, proposal kena tendang pula.
Takpa lagi, I fikir Allah nak uji. Masuk satu tahap yang kena install Macromedia Dreamwaver dan Wampserver. Kalau Dreamwaver, familiar la sebab part 2 dulu pernah buat website. Wampserver? Apakah itu? Virus ke? Torjan ke? Hahaha rupanya Wampserver tu software untuk kita buat database yang boleh bagi connection dengan interface yang kita buat dalam Dreamwaver. Memang menguji kesabaran untuk handling dua software ni dalam satu masa. Kejap tak boleh connect, kejap boleh. Kejap wampserver dah ok, dreamwaver pula masalah. I takkan lupa pengalaman buat sistem.
Bukan nak kurang ajar, dengan lecturer yang tak ajar macam mana nak buat sistem tiba-tiba kita kena buat sistem sendiri. Dalam keadaan Terengganu yang sekarang musim hujan lebat, dengan berselipar jamban saja ke kelas kehulur kehilir bawa laptop yang berbungkus dalam plastik sampah untuk cari lecturer lain yang boleh tunjuk ajar. Bahu jangan katalah sakit sangat sekarang. Tapi demi nak siapkan juga.
Bukan nak kurang ajar, dengan lecturer yang tak ajar macam mana nak buat sistem tiba-tiba kita kena buat sistem sendiri. Dalam keadaan Terengganu yang sekarang musim hujan lebat, dengan berselipar jamban saja ke kelas kehulur kehilir bawa laptop yang berbungkus dalam plastik sampah untuk cari lecturer lain yang boleh tunjuk ajar. Bahu jangan katalah sakit sangat sekarang. Tapi demi nak siapkan juga.
Inilah hasilnya-Sistem ESPKB 2.O
Sistem ESPKB 2.0 yang I hasilkan ni boleh digunakan secara intranet dan extranet dimana supplier dan staff di PKDD boleh masuk ke dalam sistem. Dalam sistem tersebut, I buat di mana supplier yang belum mendaftar dengan PKDD boleh terus ke sistem untuk mendaftar, dan yang mana sudah berdaftar akan dimasukkan company profile. Untuk staff PKDD yang perlu masukkan report, mereka perlu login dan disediakan form untuk masukkan maklumat. Tambahan lain, I buat sistem ni lebih berwarna warni compare dengan sistem ESPKB PKDD yang asal.
Sistem ESPKB yang asal.
Nampak macam blog kan? Nampak macam simple kan? Tapi cubalah try buat. Tengok you guys menangis tak bila kena buat. Alhamdulilah semuanya dah complete siap. Tinggal nak burn dalam CD dan submit Ahad minggu depan. Assignment sistem ni lah yang sampai setiap kali lepas solat I berdoa "Ya Allah, kau permudahkanlah aku dalam menyiapkan assignment sistem ni, Ya Allah kau tunjukkanlah aku jalan apa yang perlu aku buat untuk siapkan sistem, Ya Allah kau bagilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menyiapkannya" Selepas habis buat sistem ni, baru I tau kenapa golongan pakar IT dibayar dengan gaji yang tinggi dan I respect kesemua pereka sistem di seluruh dunia tapi I seakan trauma bila dengar perkataan "sistem" Dalam kelas subjek lain bila lecturer bagitahu The advantages of sistem is blablabla... datang stress dan pening dalam kepala & dalam hati, advantages? haktuih.
Last, tunjuk sikit muka stress buat sistem :)
1 comment:
sistem ni untuk part 5 kan?? susah jgk ah nk guna dreamweaver tu..huhu..tp klu rajin godek2 tu piece of cake jelah nnti nk buat website..hehe..
Post a Comment