12 October 2013

Soal Jodoh?

Segala urusan ajal maut jodoh itu urusan Allah s.w.t
kita sebagai hambanya patut juga berusaha.
Tapi aku bukan tak mahu berusaha, tapi aku lengahkan usaha aku. Kalian faham tak?
Aku tekad selagi aku masih belajar aku tak mahu bercinta.
Aku ada sebab kenapa aku tak nak bercinta.
Sebabnya dengan cinta segala cita-cita aku akan musnah.
Disebabkan cinta, dulu aku terlupa dengan Allah.
Disebabkan cinta, dulu aku macam perempuan "loser"
Disebabkan cinta, dulu aku tak belajar sungguh-sunguh.
Sampai sekarang aku menyesal tak belajar dengan sunguh-sungguh.
Sekarang kau gigit jari Afiqah bila tengok orang lain belajar luar negara.
Bila tengok orang lain post gambar di Australia, Canada, Mesir... kau apa ada?
Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang, tapi sentiasa terdetik dalam hati
kalaulah aku tak bercinta, kalaulah aku belajar sungguh-sungguh masa SPM dulu
mesti aku pun sekarang tengah post gambar macam kawan aku yang di luar negara sana.

Bila aku tak bercinta macam sekarang, tengok apa aku dapat!
Setiap semester aku berjaya pegang title ANUGERAH DEKAN dari diploma lagi.
Aku bukan nak mendabik dada, tapi bila aku kaji balik aku bukan tak pandai.
Aku pandai. Kalau tak kenapa pernah sekali test aku tak belajar, aku boleh dapat 89/100.
Maknanya apa? Aku yang lalai dulu Ya Allah.
Pada aku bercinta merugikan masa dan merugikan duit.
Belum tentu dia yang kau akan kahwin.
Trend budak zaman sekarang, baru bercinta tiga bulan dah ILOVEYOUFOREVER.
Itu diorang punya dunia, yang penting aku punya dunia.

Majoriti tanya aku, siapa boyfriend AfiqahRazak?
Pertanyaan tu termasuk sekalilah dengan ayah aku, nenek aku, dan sanak saudara aku.
Setiap kali dapat panggilan telefon, mesti diorang kata boyfriend la tu.
Hakikatnya mereka semua kawan aku. Ya memang aku bercakap dengan lelaki.
Tapi bukanlah lelaki yang teristimewa. Lelaki yang hanya aku anggap kawan baik aku sendiri.
Aku mengaku aku terlalu ramai kawan lelaki daripada perempuan.
Kawan perempuan aku boleh dibilang dengan jari.

Tipulah kalau sepanjang aku hidup sebagai loneranger takde lelaki yang aku suka
Aku sukakan seorang lelaki ni.
Tapi aku sentiasa sembunyikan perasaan aku.
Kalau boleh biarlah dia tak tau daripada tau.
Tapi aku selalu bagi HINT dekat dia.
Mungkin dia faham HINT aku, mungkin juga TIDAK.
Kadang-kadang aku rasa dia pun main tarik tali dengan aku.
Aku tak kisah.
Aku suka setiap peribadi dia.
Dia lain daripada yang lain.
Dia bukan macam lelaki lain yang datang mengayat aku.
Dia lelaki yang suka KALIS sama macam aku.
 tapi aku konon buat-buat tak faham.
Setiap masa aku nak tau apa dia buat dan kadang-kadang macam tertunggu.
Apapun, aku tak nak fikir sangat.
Kalau ada jodoh aku dengan dia, aku tak perlu risau.

Aku pernah terbaca di laman Twitter yang mengatakan,
Allah takdirkan kita single sekarang sebab Allah sayang kita.
Sebabnya kita terlepas dari dosa membuat maksiat. Insyallah.
Paling penting sekarang, aku nak kejar cita-cita aku dulu baru cinta.
Kalau bercinta pun, aku harap tak lama.
Sebabnya aku nak cinta yang halal.
Sekian.

No comments: