Assalamualaikum. Sekarang semua orang tengah sibuk shopping untuk Raya. Kalau hujung minggu memang kena redah traffic jam, beratur nak masuk tandas awam, kesemua restoran full reservation untuk berbuka puasa, sales di mana-mana, itulah suasana bila nak dekat Raya. Seronok bila sambil shopping, halwa telinga sambil dengarkan lagu Raya sekali. Terus rasa semangat nak Raya datang tiba-tiba. So, macam mana dengan preparation Raya kalian?
I punya misi untuk persiapan Raya 101% completed. I jangkakan Raya kalini musim orang semua pakai peplum untuk Raya. Betul ke tidak? Kalau kita tengok banyak designer keluarkan rekaan peplum yang kontemperari dan lebih chic untuk Raya. Untuk tahun ni I bersederhana, cuma berbaju kurung seperti biasa. Mulanya teringin juga nak beli yang "something different" untuk Raya, tapi fikir balik adalah lebih bagus beli baju kurung, yang boleh dipakai juga untuk ke kelas. Hihi maklumlah masih bergelar student ;)
Ahad semalam, ayah ajak pergi shopping Raya di Aeon Tebrau.I rasa apa yang I beli mostly yang tiada kaitan langsung dengan raya kecuali baju raya tapi takpelah sebab big boss bayar semua hihi :P Kira ahad semalamlah kami sekeluarga ada masa keluar sama-sama cari kuih raya, baju kurung, perhiasan baru & banyak lagi. Trend family I kalau raya everything is change to new termasuklah barang intimate. Semuanya sebab dah terbiasa dari kecil kami adik-beradik kalau raya stokin baru, kasut baru, jam baru, beg baru, panties baru...LOL! Haha inilah culture kami satu family-means head to toe, inside and outside all new.
Thanks dad you paid all this for me =)
some item that I bought yesterday......yang lain biarlah rahsia.
I plan untuk raya tahun ni nak cari wedges/pump shoes warna pink. Pusing punya pusing semuanya tak berkenan di mata sampai ayah membebel sebab penat ikut I, lepastu tunggu I cuba satu kasut ke satu kasut lagi. Baru ayah tau penatnya layan anak perempuan ayah seorang ni shopping :) Kihkihkih.. At last, I jumpa loafer (which my new favourite item) di Summit, terus bayar tanpa fikir panjang lagi.
PS: Ibu sibuk pilih kuih raya di Lavendar House.
_______________________________________________________________________
"I felt safe that people weren't judging me and making assumption about my character from the length of my skirt or the size of my bra. I felt protected from all the crap about beauty and image. As scared as I was walking around the shops in the hijab, I was also experiencing a feeling of empowerment and freedom. I know I have long way to go. I still dressed to impress and I took ages to get my make-up, clothes and hijab just right. But I didn't feel I was compromising myself by wanting to make an impression. I was looking and feeling good on my own term, and boy did that feel awesome"
-page 29
_______________________________________________________________________
Oh yeah! Satu lagi culture kami sekeluarga bila keluar tak sah kalau tak singgah bookstore, tak kisahlah pergi supermarket beli barang keperluan rumah ke atau saja jalan-jalan, sebelum balik mesti akan singgah. Kalau dulu masa kecil, setiap kali teman family I belanja barang, balik mesti akan dapat satu buku cerita dan satu buku latihan. Bila dah selalu sangat, sampai ke besar minta ayah belikan buku. What I got...sekali lagi thanks dad for this book =)
Kisah seorang perempuan bernama Amal Mohamed Nasrullah Abdel-Hakim campuran Australian-Muslim-Palestinian yang menetap dan belajar di Melbourne. Ayahnya seorang doktor manakala ibunya seorang doktor gigi. Dia dilanda masalah dengan dirinya sendiri apabila tekad membuat keputusan untuk memakai hijab akan tetapi runsing dengan keadaan di sekelilingnya yang akan menghentamnya hanya kerana dia memakai hijab, peraturan sekolah yang tidak membenarkan pemakaian hijab, kawan-kawan bangsa asing yang akan pandang pelik padanya, dan mampukah dia pikat jejaka paling kacak di sekolah iaitu Adam setelah dia memakai hijab?
"I felt safe that people weren't judging me and making assumption about my character from the length of my skirt or the size of my bra. I felt protected from all the crap about beauty and image. As scared as I was walking around the shops in the hijab, I was also experiencing a feeling of empowerment and freedom. I know I have long way to go. I still dressed to impress and I took ages to get my make-up, clothes and hijab just right. But I didn't feel I was compromising myself by wanting to make an impression. I was looking and feeling good on my own term, and boy did that feel awesome"
-page 29
**I pun pernah mengalami pengalaman yang sama macam Amal di dalam novel. I mula full-time bertudung masa umur 19 tahun. I pernah ada pasang niat untuk berhijab masa umur 17 tahun dan masatu I dah bertudung tapi still on-off sebabnya I tak confident dengan diri sendiri, rasa orang akan gelakkan kita. Even my parents tak pernah paksa untuk I bertudung bukan sebab kurangnya agama, tapi ayah pernah kata "Akan sampai masanya kita akan malu dengan diri sendiri dan kita akan berubah" Alhamdulilah kesedaran tu sampai bila I umur 19 tahun. Bila I baca novel ni, I faham dengan situasi Amal sebab sama situasi dengan I masa buat keputusan untuk bertudung. A must have novel for all girls.
No comments:
Post a Comment