28 May 2012

Think before you write =)

Hai Assalamualaikum.

Zaman sekarang semua orang ada laman Facebook, Twitter, ataupun Blog. Semua orang dengan cara tersendiri dalam menggunakan laman sosial anda untuk tujuan berhibur, mencari kawan mahupun meluahkan perasaan. Apa yang I nak tekankan disini menggunakan laman sosial untuk meluahkan perasaan anda. Contohnya "hari nie kita tak dapat mesej boyfriend kita, kita sedih" atau lebih mengada "bestnya boyfriend kita peluk kita" Sincerely I tak faham kenapa mereka perlu mention itu semua dalam facebook. Its disgusting! Bertambah memalukan apabila hamba Allah yang post sebegini rupa merupakan seorang perempuan yang menutup aurat elok memakai tudung. Pada I mereka adalah orang yang tak berfikiran panjang atau lebih tepat orang yang masih kebudak-budakan dan TAK MATANG! Jenis sebegini sentiasa menulis dan mengekspress apa yang mereka tidak puas hati tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling, bangga dengan apa yang you buat dengan boyfriend you. Its totally budak-budak.

Mereka adalah orang yang tidak berfikir apa perasaan keluarga bila ada dikalangan keluarga yang terbaca you punya wall or blog. Apa perasaan mereka apabila lihat anak dengan bangganya update status hari ini buat apa dengan boyfriend yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. Think first before you write. Walaupun Ibu bapa depan kita mereka seakan tak apa-apa tapi dalam hati mereka, siapa yang tahu. Mungkin bila waktu malam mereka bersedih dengan sikap kita. Nauzubillah. I sentiasa mengingatkan diri sendiri sentiasa berfikir panjang untuk menulis apa-apa di laman sosial I sendiri. Walau sakit hati macam mana pun, biarlah empunya diri sahaja yang tahu. Jikalau anda mahu melepaskan perasaan juga, lepaskan dengan cara orang yang ada "STANDARD". Bukan membabi buta menulis mengikut sesedap rasa.

Lebih dasyat seorang perempuan yang bertudung mengekspress perasaan tidak puas hati pada seseorang yang dia tak pernah kenal, tidak pernah jumpa dan tidak ada kena mengena antara hidup dan mati. Memanglah sakit hati dengan orang yang disayang sebab buat sakit hati, but kita sebagai muslimah haruslah fikir perasaan orang lain. Betapa tidak bijak apabila orang yang tidak ada kena mengena dalam hidup you dan tidak pernah kenal pun sebelum ini terkena tempias dengan memperkatakan dengan bagusnya memaki hamun sesuka hati. Orang sebegini I label orang yang berfikiran sempit. 

Jadilah hamba Allah yang matang. Sentiasa mematangkan diri supaya dihindarkan perkara yang dapat mengaibkan diri sendiri. Bila anda menulis sebegitu rupa orang disekililing anda boleh menilai siapakah diri anda yang sebenar. Walaupun berjuta yang "LIKE" status anda, tapi itu tak bererti orang suka dengan apa yang anda post. Mungkin dibelakang orang ketawakan you. Pesanan I fikir dulu sebelum buat apa-apa perkara. Ingat Allah, Ingat ahli keluarga, Ingat orang sekeliling kita. I mengingatkan untuk orang lain sama macam I mengingatkan pada diri sendiri juga. I put myself I HAVE A STANDARD by be "A STANDARD WOMEN" or "A LIMITED EDITION GIRL" yang orang akan sentiasa nampak kita mahal. Walaupun nampak sombong, tapi sekurangnya orang tidak akan label kita dengan "CAP MURAHAN".   

Sekian, terima kasih.

No comments: