06 April 2012

Customer is always Right!

Duduk di bumi dungun memang segalanya mahal belaka dah macam kl you. Bayangkan sepinggan nasi goreng biasa boleh mencecah harga sampai RM6.50. Wajar atau tidak? Setahu saya sepanjang saya jalan makan dalam JB belum pernah lagi makcik atau pakcik tepi jalan jual nasi goreng semahal tu. Masa duduk rumah sewa sebelum dapat kolej boleh dikatakan saya menghabiskan duit lebih RM15 sehari untuk makan. Rasanya masa saya belajar dekat cendering dulu tadelah semahal di dungun, padahal negeri yang sama terengganu juga. Saya adalah tanya juga pakcik nelayan yang duduk mengeteh kat warung yang selalu saya pergi makan tanya kenapa dungun mahal sangat? Pakcik tu kata dungun bandar warisan sebab tu mahal dik oi... abis tu chendering yang saya rasa lebih bandar dari dungun tak mahal pun? Boleh jawab tak pakcik oii? Apa-apa jelah kan.

Sekarang saya nak cerita budi bahasa yang ada dekat Terengganu. Kisahnya khamis minggu lepas saya dah fikir masak-masak untuk beli celcom broadband. Keperluan yang perlu saya ada sekarang adalah broadband dengan printer. Kolej memang takde connection wireless memang susah sangat nak buat assignment. So saya datang ke celcom centre untuk buat pendaftaran celcom broadband. Datang je terus ke kaunter pendaftaran, boleh dikatakan tunggu adalah lebih kurang 15 minit  tapi takde satu pun pekerja dalam tu tegur tanya apa customer hendak, at least please greeting your customer, just say Hi! or Welcome, that's enough. Peliknya pekerja celcom semua nampak kita ni berdiri senyum tapi buat tak nak layan jea. Dah panas hati saya terus tanya kaunter, hello miss saya nak beli celcom broadband package student. Tanpa tengok muka saya, pekerja perempuan tu cuma bagi borang tanpa cakap nak suruh buat apa. Saya tadelah bodoh sangat tengok borang macam tak faham je orang tu suruh isi borang, at least  please ask your customer what package we want and then EXPLAIN! Susah sangat ke? Saya rasa anis kawan I kat sebelah dah nampak I buat muka. Bila dah habis isi borang settle dengan ic, saya tanya dengan cara baik lagi minta dia terangkan prosedur pembayaran setiap bulan macam mana, bayaran berapa, speed berapa.  Dengan jawab acuh tak acuh, cuma cakap kalau nak bayar datang jelah sini. Hello I'm your customer! Kalau aku tak datang beli broadband, kau pun takkan dapat commision okay! 

Jump to conclusion. Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap ni salah ke apa. Tapi dari zaman saya belajar di cendering lagi, sales girl or waitress di Terengganu serius memang tak pandai jaga hati customer. Kalau customer datang, tak pernah lagi saya jumpa yang layan seeloknya. Dulu masa kat cendering saya ada pergi kedai gambar nak cuci gambar minta ada seorang sales girl tunjukkan nak print photo tapi dia buat tak pandang je macam I langsung tak wujud dekat situ. Seriusly sakit hati sangat! Masa saya kerja di MFM, kami dah di train untuk bagi servis yang terbaik untuk customer. Walau penat macam mana sekalipun, never show yang you penat, paling penting sentiasa senyum di hadapan customer. Itulah bezanya orang yang di bentuk. 

How to handle customer:

Steps

  1. 1
    If you treat customers bad, will they come back? Not likely. If when they go into your store, and their experience is great, you have a customer that will come back, and probably bring a few friends along.Treat your customers well !
  2. 2
    Give your customers excellent service, a smile, and ask if everything was to their liking.
  3. 3
    They are spending their money, in your store, ask them if they are looking for a particular item, or if you can do anything to help them find the right gift.
  4. 4
    Your advice with helping them find the right gift for that special someone, will have them coming back. They will say things like, "I'm going shopping at Hannas hat store today, because Vikki is always a life saver."

source: WikiHow

No comments: