# Saya seorang yang bersifat kasar. Tapi awak cakap saya ni bukannya kasar sangat. Dari fizikal saya
mungkin kasar tapi adakalanya saya manja juga. Itu awak yang cakap. Walaupun kadang-kadang
saya berkasar dengan awak, mungkin dari segi percakapan saya tapi saya hormat awak.
# Saya jenis berangin. Saya tak suka orang paksa saya buat itu buat ini. Datang angin puting beliung saya
awak terpaksa tahan dengan mulut saya. Saya kalau marah saya bertindak tanpa berfikir. Tapi kata
orang kalau saya api, awak mesti kena jadi air. Bila saya angin, ayat biasa awak cakap "alaa dah la tuh,
saya minta maaf. Lupakan pasal tadi" :P
# Saya tak romantik tapi saya suka lelaki yang romantik. Dari situ saya boleh jadi lembut. Kalau on-call
dengan awak setiap malam, awak selalu suruh saya panggil awak sayang la, entah ape lagi. Tapi saya
cuma cakap alaa tak payahlah tu semua. Saya tak pandai la nak panggil awak sayang sebab saya tak
biasa rasa macam ada someting yang tersekat dekat tekak nak sebut sayang.
# Saya bukan perempuan yang perlu dibelanja. Maksudnya kalau awak keluar dengan saya, awak tak
perlu nak pening kepala fikir pasal duit nak belanja saya. Saya takkan minta sesen pun dari awak unless
tanpa pengetahuan saya, awak dah belikan. Pada saya selagi belum berkahwin, tak perlulah nak
membazir duit. Saya bukan jenis yang meminta-minta nak makan dekat restoran mahal, hadiah mahal.
Awak bawa saya pergi restoran tepi jalan pun saya tak kisah.
# Saya kaki shopping. Awak sendiri kata saya kalau makan memang tak demand, tapi kalau bab shopping
saya tersangatlah demand. Satu lagi saya tak suka shopping bawa boyfriend, rasa macam leceh. Kalau
saya cakap esok nak shopping, awak mesti nak ikut. Tapi saya mesti akan cakap tengoklah dulu...
# Saya jenis on-time. Bila dengan saya awak perlu tepat pada masanya. Kalau saya cakap pukul 12 kita
keluar, maksudnya pukul 12 la awak perlu siap dan kemas. Saya bukan jenis kaki tunggu orang lelaki
nak bersolek ke apa. Sebelum saya angin, baik jangat buat. Kalau esok saya nak keluar pukul 12,
biasanya saya akan bangun pukul 7 pagi mandi. Saya mandi tak lama, cuma saya bersiap agak terhegeh
-hegeh. Itu saya akui. Bila saya cerita, awak pelik saya mandi cepat, kakak awak satu jam mandi.
Itu kakak awak, ini saya. Ahahaha :D
# Saya seorang yang pentingkan kebersihan dan kekemasan. Keluar dengan saya awak perlu fikir dulu
pakai baju apa, unless saya cakap hari ni kita pakai baju sama. Kalau awak pakai baju yang tak
berkenan di mata saya, awak akan nampak saya buat muka macam mana. Kadang-kadang lelaki ni asal
boleh je sometimes ulang baju yang sama je. Kita ni keluar punya lah fikir nak pakai baju apa nak dating
siap kadang-kadang sanggup beli baju baru nak keluar dating.
# Saya tak sempurna. Itu yang perlu saya highlight dekat awak. Saya tak cantik macam perempuan lain.
Saya tau awak terima saya seadanya. Kita masih darah muda, darah remaja. Adakalanya tipu la kalau
jumpa lelaki/perempuan lain ada rasa lain dalam hati. Awak selalu tanya dekat saya, saya ni serius ke
tak dengan awak? Saya ni sayang awak ke tak? Sampai sekarang saya tak pernah bagi jawapan yang
puaskan hati awak. Betul tak? Satu jelah saya boleh bagi jawapan, walaupun kadang-kadang saya
nampak macam mesra dengan lelaki lain, saya masih ingat saya siapa punya.
THATS ALL FOR YOU TO READ.
No comments:
Post a Comment