13 April 2011

kesimpulan

Salam & hello readers.

sebagai pembukaan cerita untuk hari ini I nak ucapkan terima kasih kepada semua followers yang selama ni membaca dan sudi buka blog I terutama sekali followers yang ke-100. I hargai tapi awak tak bagi link dan sukar I nak follow awak balik. Insyallah lepas ni I akan lebih matang dari segi penulisan dan banyak lagi. hari ni hari terakhir kelas sebelum menjengah ke final. Ini bermaksud tak lama lagi I akan tamat semester kedua dan nanti bulan mei masuk semester ketiga. Kesimpulan yang I nak buat untuk sepanjang pengajian semester kedua cukup seronok. dalam diri I sekarang mula rasa lebih matang & boleh berdiri atas kaki sendiri. I bukanlah nak kata seorang anak yang baik, tapi sebelum ni I sentiasa follow direction yang ayah I bagi. kalau ayah I kata A, A lah yang I ikut. Kalau B, B lah. sampai saat bila I masuk universiti I langsung macam budak kecil yang tak tau segalanya sebab dah terbiasa dengan arahan ayah. It doesn't meant ayah I control serba serbi kehidupan I cuma itu cara dia didik I since kecil lagi. Pelajaran itu fokus utama ayah!

dalam semester kedua I cuba mengaktifkan diri dengan masuk apa kelab and whatsoever yang boleh I tonjolkan diri. Bukanlah nak glamour tapi I nak mencari kekuatan yang ada dalam diri I. First sekali I cuba apply dalam jawatankuasa pelajar kolej (JPK). tak sangka dalam proses pengundian alhamdulilah I terpilih. sepanjang jadi JPK I banyak make friends dengan orang yang selama ni I tak pernah tegur, terus tegur then kami sebagai JPK ada authority untuk pengiraan merit pelajar, sabtu lepas jadi fasilitator untuk program kemahiran insaniah dan banyak lagi. seronok sangat sebab dari situlah kita nak cari pengalaman baru.


antara aktiviti JPK yang kami telah buat solat hajat & solat taubat beramai-ramai. walaupun kurang mendapat sambutan daripada siswa. p/s sila notis I berbaju biru dan berselendang biru :P minggu depan dah mula start final exam. Ikutkan nak balik minta restu ayah ibu dulu sebelum jawab exam tapi disebabkan minggu revision week sekejap, tak dapat nak balik. Petang tadi dah mula start packing barang apa yang patut sebab bila dah start exam minggu depan memang takkan sempat nak packing. roomates I kata awalnya packing tapi dah terbiasa ikut cara nenek I packing awal-awal.

AYAH.IBU DOAKAN KEJAYAAN KAKAK DI SINI :)

No comments: