19 February 2011

Teater Mahkamah

Assalamualaikum semua. Hari nie uitm kampus kuala terengganu, kampus I adakan event lagi iaitu teater mahkamah. Sebenarnya teater mahkamah nie bukan dari kampus cendering tapi dari uitm dungun yang datang ke kampus uitm kuala terengganu. Really awesome. Kalau tak silap barisan pelakon teater mahkamah dari student uitm juga. Sebelum nie teater mahkamah dipentaskan dekat istana budaya takpun dekat dungun tak silaplah tapi disebabkan I tak dapat pergi time tuh so I dengan cepat beli tiket untuk nak masuk dewan. Sesak gila malam tadi. Teater bermula pukul 8.30 malam tapi tengok tadi sejam sebelum bermula dah ramai tunggu depan dewan. I pun tak terkecuali hehe.


macam biasa peneman I erni naziera ahmad sukal known as erni AS.


just nak show dekat you all betapa ramai yang berbaris di belakang I.

Di barisan paling hadapan.


teruja sebelum start =.=

Teater Mahkamah menceritakan tentang kisah di sebuah mahkamah seperti tajuknya. Hakim yang pendek, pendakwa raya dan peguam yang sengal, pegawai yang poyo dan tertuduh yang memang kelakar habis. Sepanjang teater dipentaskan memang hadirin semua gelak gila. You bayangkan kalau hakim pun boleh berdancing lagu lady gaga dalam mahkamah. Haha Let's see antara adegan yang sempat I capture walaupun awal pementasan lagi pihak teater bagi amaran keras dilarang mengambil gambar menggunakan flash, dilarang makan, dan sila silent mode handphone.

Kes pertama yang dibicarakan tentang seorang perempuan yang bernama bulat binti gentel-gentel (kalau tak silap nama dia) telah membunuh seorang perempuan tua akibat campak kulit pisang. Kes kedua tentang wanita jepun bernama ajinomoto telah mencuri beruk yang bersubsidi dan kes terakhir tentang suami yang bernama bujang senang kahwin dua.


Untuk hari nie I rasa happy sebab dah terlebih gelak dalam dewan tadi. Habis jea teater terus kejar pelakon teater nak ambil gambar dengan diorang.


with si ajinomoto wanita jepun yang curi beruk subsidi malaysia. Haha


with hakim yang sengal. Gelak gila tadi tengok dia dance lagu lady gaga. Good jobs :)

siapa kata kehidupan universiti tak best. Siapa yang kata tak best maybe diorang belum cukup rasa gembira. Pada I kehidupan masa belajar teramatlah best. Kadang-kadang I rasa I nak belajar sampai tua. Tak perlu bekerja. Belajar sampai riwayat hidup tamat. Melampau kan.

2 comments:

Nick said...


Video Teater Makhamah UiTM Dungun

Link:
http://youtu.be/Lb2ZkAnd9FU

P/S : Audio kurang jelas skit sbb diorg x pkai mic

Unknown said...

Baru tgk tadi kat youtube...mmg klakor...tapi bermesej. Tahniah buat bebudak Uitm Dungun.