09 February 2011

mari mengundi.

Ini bukan cerita pasal mengundi dalam pilihan raya tapi mengundi untuk ahli jawatankuasa kolej uitm kami, uitm kuala terengganu. Dengan malunya nak cerita I adalah antara calon-calon yang terpilih untuk dijadikan ahli jawatankuasa tersebut. Mulanya memang tak terniat nak masuk jadi calon. Tapi kaka classmate I pengaruh I untuk masuk. Hehe Kaka kata jom lah kott kalau kita dapat jadi Ajk kita dapat duduk kolej lagi untuk semester akan datang. I tanpa fikir panjang terus isi form.

Dengan dukacitanya lepas I hantar form tuh, baru I dapat tahu kolej akan adakan proses mengundi untuk pilih ajk. Maksudnya semua student uitm kena mengundi. Rasa nak menjerit boleh takkk ?  baru nak jadi ajk kott. Kenapa sampai kena mengundi. Ya allah I tak dapat bayangkan betapa malunya gambar kita terpampang untuk diundi. Macam nak meraih simpati pun ada. "Undilah saya, saya janji saya akan menjadi ajk terhebat". Okay lepas tuh boleh tak sebarkan poster I undilah saya. Hahaha macam dalam pilihan raya tuh. wth !

Hari nie dah start proses mengundi. Dari pagi tadi I dah nampaklah barisan student uitm beratur untuk mengundi. Kalau boleh nak cakap kat diorang, awak jangan undi saya tau. saya ajk tak berguna. Boleh tak ? and then I ingatkan kalau kita tercalon so I tak payahlah datang mengundi. Rupanya calon pun perlu undi juga. Lepas habis kelas terus I beratur pergi mengundi. Masa mengundi tadi ouhh dah nampak dah muka aku kat dalam komputer. Tapi tak taulah budak depan tadi pangkah muka I tak. Haha Sampai turn I tengok dalam sistem komputer, muka I sumpah kelakar. Gelak tengok muka sendiri hehe. Siapa yang I undi rahsialah. Tapi undi diri sendiri juga. Dengan jujurnya Hahaha satu pengalaman baru tadi apabila I tercalon,lepas tuh tengok semasa proses mengundi kemain panjang beratur ambil security id dan start mengundi. Satu pengalaman yang hebat macam pilihan raya sebenar. Kalau I tak dapat jadi ajk pun I lagi tak kisah, kalau I dapat Insyallah akan menjadi ajk yang baik. Hehe jangan silap, bukan pancing undi okay !


dalam kelas sebelum mengundi. saya nak cakap jangan undi saya.
guna kamera depan so a bit blur. kelakar kan muka ?