14 May 2014

FAREWELL CELEBRATION

#Throwback (29/4/2014)




























































































































































































most favorite candid photo.
tengah sibuk snap sana sini gambar tetiba kena tegur dari belakang "ni semua tengah buat apa ni?" I jawab, "kitorang tengah selfie" Pakcik ni buat muka pelik "Apa benda pulak tuh selfie?" sambil terus ke kereta. 


































































































ps: I masih nak menulis di dalam blog walaupun jarang-jarang sekali sebab bila anak I dah pandai bermain dengan internet nanti (yelah sebab generasi diorang kan generation Z yang memang dah canggih gila IT), mereka akan buka blog mommy dia, baca dan tengok gambar mommy dia zaman anak dara, zaman muda mudi dulu dan kenal semua kawan mommy okay :)

23 April 2014

MYUFM CLASSICAL MASQUERADE GRAND DINNER

#Throwback

Assalamualaikum. Duduk diam dalam office, buka balik folder Myufm dalam laptop terus rasa rindu bila tengok gambar waktu dinner. Bulan Januari aritu, lepas habis jea final exam sebelum nak balik JB, buat julung kalinya Myufm buat 1 dinner yang bertemakan ala masquerade. Waktu dengar kata Myufm nak buat dinner, aww me so excited gila okay wlupun belum tau tema lagi. Tapi apa ada kisah, Ajk dinner pun roomate sendiri, senang nak cucuk sikit kasi tau tema apa. Hihi dapat jea tau tema masquerade, terus dah terbayangkan dress kembang, pakai mask, make-up ala classic. Yuhuuu! Bukan I seorang jea ok yang excited, majoriti semua krew myufm tengah excited nak cari dress, tuxedo bagai. Dalam whatsapp group, tak yah katalah. Kecoh semua. So bukan I seorang jea yang over Haha.   Jom tengok gambar, mampu upload separuh jea. Ikutkan dlm folder ada beratus gambar. Semua gila selfie :)








































































last but not least, barisan krew DJ diploma dan degree myufm :)


22 April 2014

TELEKUNG MAROON

Assalamualaikum. Nak cerita tentang telekung kesayangan hadiah dari Ibu sebelum bulan februari lepas. Dah lama I gedik manja dengan ibu nakkan set solat include telekung, sejadah, quran dan tasbih completely pink color. Normal la perempuan minat color pink. Act, I have two favorite color which brown & pink color. Everything kalau boleh segala barang nak this two color. Dalam bilik already mix this color. Perempuan kan?! So nak dijadikan cerita, setiap kali keluar dengan ibu pergi bazaar ke, tak kisah la mana-mana pun asal ternampak telekung pink mesti acah-acah kata "Cantikkan ibu, telekung pink ni?" Ibu pun bagi pandangan dia. 

Mula-mula dulu ibu sendiri kutuk apa trend telekung sekarang berwarna, at last dia sendiri dah ada macam-macam color telekung. Senang cerita, complete set satu minggu punya telekung different color, yang ingat ada hitam, biru, gold, merah, 1 lagi tak ingat apa. Masa bulan Februari aritu, ibu dengan ayah nak buat Umrah. Sehari sebelum ibu nak bertolak ke KLIA, ibu panggil masuk bilik. Tetiba ibu bagi duit kata belilah telekung warna yang kakak minat. Nanti kalau ibu yang pilih, takut kakak tak berkenan pula. Awww so sweet ibu :) Esok juga lepas ibu dan ayah bertolak utk Umrah dr KLIA, terus pergi cari telekung dengan nenek. Hihi 

so here my choice: not bright pink, no fushia pink tapi I choose maroon. On that day I spoiled with many choice. Terlalu banyak sgt pink yang owner kedai tu tunjuk sampai naik juling nak pilih, at last Maroon jadi pilihan sebab nmpak so elegant dengan jahitan benang emas dan tak sarat. Terima kasih ibu, peluk cium sikitttt ;)



21 April 2014

INTERNSHIP MARCH-JUNE 2014

Assalamualaikum. Berkesempatan untuk menulis kejap di blog. Paling terbaru nak diceritakan sekarang I masuk dalam semester praktikal iaitu semester ke-6 di mana semester last Degree. Yuhuuu! Sebenarnya I dah tak sabar nak habis praktikal, then masuk ke alam pekerjaan, merasa dapat duit sendiri setiap bulan. Nanti sikit-sikit beli kereta, beli rumah, ada duit lebih beli handbag dan handbag dan handbag lagi...Hehe nampak tak duit akan ke arah mana nanti, InsyaAllah jumpa jodoh simpan duit untuk kahwin lagi. Lagi meningkat dewasa, lagi banyak kena fikir, lagi banyak duit yang nak dikeluarkan. Tapi I suka. Itulah namanya proses kematangan dalam kitaran hidup manusia.

Bercakap pasal praktikal, sekarang I praktikal di Felda Vegetable Oil Product Sdn. Bhd or nama lain diorang sebut Kuantan Oil Product (KOP). Siapa yang duduk area pelabuhan Kuantan tau lah kott. Sebut je KOP, oh ha orang tau dah. Actually macam mana boleh dapat praktikal di KOP, terus terang I kata dari sumber orang dalam juga. Ayah I sendiri bekerja di Delima Oil Product, Pasir Gudang JB di bawah Felda Global Venture (FGV), so ada link di HQ senang untuk masuk. Lagipun memang FGV sangat mengutamakan anak-anak staf untuk praktikal dan bekerja nnti. Maksudnya sambung generasi keluarga bekerja di bawah FGV. Maybe ada yang terdetik, not fair pada yang lain. But you tau, nak tunggu result daripada company lain sangatlah lambat. 

Sebelum ni I ada dapat offer dari Petronas Pahang untuk praktikal. Tapi respon yang Petronas bagi its too late. Nak masuk praktikal bulan Mac, tapi dapat feedback end of Februari. So, its okay. Pada I ini baru praktikal. Tak perlu kesal, rezeki Allah ada di mana-mana selagi kita berusaha InsyaAllah... 

muka student praktikal :)

Alhamdulilah sepanjang sebulan lebih praktikal di KOP, semuanya berjalan lancar. Berterima kasih pada Encik Azami sebab tak bagi kita banyak kerja :P Cuma bulan Mac aritu agak sibuk buat filing system untuk department Human Resource. Semuanya dah beres, bulan April dah boleh fokus banyak utk thesis. Tentang thesis memang agak pening, buat tajuk "The Awareness of Online Recruitment among Alumni in Pahang". Dengar tajuk macam best kan? Tapi nak cari responden sangat susah. 

Setakat ni populasi dah berjaya dapat. Thank you to KPM Kuantan dan IKIP Pahang kerana sudi beri kerjasama dengan beri maklumat alumni. Tinggal nak buat pilot testing, distribute questionare, then buat finding dan report. InsyaAllah, walaupun susah kalau kita buat dengan ikhlas Allah akan permudahkan kerja kita. Yakin pada kuasanya. 

Dengan elauan RM400 sebulan, maka kita enjoyyyyy! Haha oh tidak cannot enjoy la babe. Mana nak bayar duit rumah sewa, duit minyak berulang alik ke tempat kerja, kira pergi kerja la kan praktikal ni?! pergi berulang ke Dungun untuk consultation lagi. Maklumlah selama Diploma sampai Degree tak pernah duduk rumah sewa, tak pernah merasa macam student lain save duit. Kalini baru dapat belajar nak saving duit utk bayar segala yang berkaitan. 

Kawan I sepanjang praktikal. Mereka semua pun praktikal di KOP juga. Tapi beza department sebab diorang senang kata keluar jadi Engineer la. Si tudung coklat selalu bawa kami yang bajet foreigner ni pusing Pahang sebab dia memang asal pahang. So dapat la merasa restoran mana yang sedap, tengok movie, jalan di shopping mall n etc. Thank you awak, Mashi :)

Kereta Viva yang banyak berjasa sepanjang praktikal. I bagi dia nama Ashley. Hihi terima kasih Ayah sebab belikan ViVa untuk kakak praktikal. Dulu, sebelum masa nak praktikal I siap bagi specific kereta macam mana yg ayah kena beli utk praktikal. Pertama, mesti kereta yang JIMAT MINYAK. Kedua, kereta tu mesti lah kecil yang sesuai utk I yang petite nie. Balik cuti semester aritu, Tadaaa its Ashley Viva....okay byeeee.....

16 February 2014

A NEW ME.

Hola. Jari dah lama tak menaip untuk update kisah diri. Semenjak makin banyak medium sosial, semakin dunia blogging jauh ditinggalkan. Setiap apa yang terbaru tentang diri, pergi mana, semuanya akan diupdate di Instagram, Twitter dan Facebook sebabnya lebih ekspress dan kita sendiri tak perlu take a long time untuk menaip macam blog. Direct update short status then tada, all the world knows harini you pergi mana, pakai baju apa, your feeling and blablabla.. but dalam diri I blog still dalam hati cumanya untuk menulis blog kadang-kadang rasa nak update gambar, tapi untuk menulis pula no idea. So akan ditinggalkan macam tu saja. Since sekarang I dah habis semester, InsyaAllah bulan Mac sambung praktikal pula di Kuantan. Dengan masa yang banyak terluang sementara menunggu untuk masuk bulan Mac, sikit demi sikit I nak share banyak story yang tergendala update. Hihi 

Latest hangout (15/02/2014)

Latest selfie 2014. This year I dah masuk umur 22 tahun. Am I look matured now?